حَاسِبُوا أَنْفُسَكُمْ قَبْلَ أَنْ تُحَاسَبُوا

Slideshow masjid

Nabil

INFAQ UNTUK TABUNG MASJID PANGSUN MELALUI PAY PAL DENGAN KAD KREDIT ATAU DEBIT VISA/MASTER CARD

SAHAM AKHIRAT ANDA - RAYUAN INFAQ UNTUK TABUNG MASJID PANGSUN MELALUI PAY PAL DENGAN KAD VISA ATAU MASTER CARD TERUS KE AKAUN "MASJID KG KUALA PANSOON" DI RHB ISLAMIC BANK BERHAD

AKAUN MASJID : RHB ISLAMIC BANK. No. A/k : 26209000009609 . SUMBANGAN CEK/WANG POS ATAS NAMA : " MASJID KG KUALA PANSOON "

JANJI ALLAH DALAM AL QUR'AN - ORANG YG MENDERMA TIDAK AKAN JATUH MISKIN, MALAH BERGANDA HARTANYA 700 KALI GANDA : "Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya. (Surah Al Baqarah Ayat 261)

AKSES MUDAH LAMAN WEB MASJID PANGSUN


Laman Web Masjid Pangsun ini boleh juga diakses dengan mudah melalui telefon pintar / smartphone, BlackBerry, iPad, Galaxy Tablet/Notes (perisian Android). Taip sahaja http://masjidpangsun.blogspot.com/

Menu

Thursday, March 22, 2012

TAZKIRAH : KITA TIDAK LAYAK UTK MENILAI MANUSIA


وَاللَّهُ يَهْدِي مَن يَشَاءُ إِلَىٰ صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ
Allah berfirman: Maksudnya "Allah memberikan hidayah kepada siapa yang dikehendakiNya kepada jalan yang lurus." (Surah Al-Baqarah: 213)
 
ULASAN AYAT :
 
3. Individu sebengis Umar Al-khatab begitu mudah menuai iman sejurus ditanam benih hidayah oleh ALLAH. Individu semulia Abu Talib tidak mampu merasai nikmatnya iman sehingga hembusan nafasnya yang terakhir walaupun Nabi Muhammad SAW sendiri yang mendoakan hidayah untuknya. Oleh itu, jangan menghina orang dengan mengatakan aku lebih islam dan lebih baik amalan berbanding kalian. Hidayah iman, ALLAH akan beri pada sesiapa sahaja yang DIA suka. WALLAHU’ALAM
1. Jangan menghina orang yang pada pandangan kita mereka agak jauh dari agama, tidak ada pengetahuan, tidak pandai, tidak baik, dan suka bermaksiat serta masih tidak mahu melakukan kebaikan sehingga kini. Tidak mustahil suatu hari nanti orang yang kita pandang hina hari ini lebih baik dari kita amalan-amalannya, mungkin mereka lebih ikhlas dan mudah diterima ALLAH sedangkan kita masih berbangga kononnya amalan kita, keadaan kita hebat dan semua orang pandang kita ini alim, baik, hebat atau sebagainya.

2. Berawaslah, jangan tertipu dengan amalan dan diri kita sendiri kerana "Pemerhati" amat teliti. Ingatlah, Hidayah iman adalah hak mutlak ALLAH hidayah iman adalah misteri yang tidak mampu dirungkai. Hidayah iman adalah persoalan yang tidak mampu dijawab oleh mana-mana manusia.

No comments:

Post a Comment