حَاسِبُوا أَنْفُسَكُمْ قَبْلَ أَنْ تُحَاسَبُوا

Slideshow masjid

Nabil

INFAQ UNTUK TABUNG MASJID PANGSUN MELALUI PAY PAL DENGAN KAD KREDIT ATAU DEBIT VISA/MASTER CARD

SAHAM AKHIRAT ANDA - RAYUAN INFAQ UNTUK TABUNG MASJID PANGSUN MELALUI PAY PAL DENGAN KAD VISA ATAU MASTER CARD TERUS KE AKAUN "MASJID KG KUALA PANSOON" DI RHB ISLAMIC BANK BERHAD

AKAUN MASJID : RHB ISLAMIC BANK. No. A/k : 26209000009609 . SUMBANGAN CEK/WANG POS ATAS NAMA : " MASJID KG KUALA PANSOON "

JANJI ALLAH DALAM AL QUR'AN - ORANG YG MENDERMA TIDAK AKAN JATUH MISKIN, MALAH BERGANDA HARTANYA 700 KALI GANDA : "Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya. (Surah Al Baqarah Ayat 261)

AKSES MUDAH LAMAN WEB MASJID PANGSUN


Laman Web Masjid Pangsun ini boleh juga diakses dengan mudah melalui telefon pintar / smartphone, BlackBerry, iPad, Galaxy Tablet/Notes (perisian Android). Taip sahaja http://masjidpangsun.blogspot.com/

Menu

Sunday, July 28, 2013

IMAM DARI GAZA PALESTIN KE MALAYSIA - KERJASAMA AMAN PALESTIN & JAKIM



Sempena bulan Ramadan kali ini Aman Palestin Berhad (Aman Palestin) telah membawa seramai 15 imam dari Gaza, Palestin ke Malaysia untuk mengimamkan solat terawih serta menyampaikan tazkirah pada sepanjang bulan puasa ini di masjid-masjid terpilih.
Salah seorang imam yang ditempatkan di Sarawak, Syeikh Moneer Hamad, 20, tiba sejak 11 Julai lepas dan akan berada di sini sehingga 4 Ogos nanti.
Moneer yang memiliki Ijazah Pengajian Islam Syariah tetapi kurang fasih berbahasa Inggeris akan menyampaikan tazkirah dalam bahasa Arab.
Imam muda dari Gaza ini telah menjadi tahfiz sejak berusia sembilan tahun dan merupakan seorang guru di pusat tahfiz terkenal di Gaza iaitu Darul Quran wa Sunnah.
Menurut Moneer, beliau ke sini dengan misi untuk memberi kesedaran kepada umat Islam di Sarawak berkaitan dengan ajaran Islam di samping mengumpul dana bagi pembinaan pusat perubatan di Gaza.
“Jika dibandingkan dengan suasana bulan Ramadan di sini dan di Gaza, saya sedih kerana setiap kali menunaikan ibadah kami akan berasa bimbang kerana pada bila-bila masa sahaja kami akan diserang oleh rejim Israel,” ujar Moneer ketika ditemui di pejabat Aman Palestin Berhad di Jalan Matang semalam.
Beliau memberitahu, pernah satu masa ketika hendak berbuka puasa beliau mendengar melalui siaran radio yang mengumumkan kematian saudara serta pemimpin mereka akibat serangan Israel yang membuatkannya berasa amat pilu.
“Kami berbuka secara sederhana sahaja jika dibandingkan di sini namun ancaman dan serangan berterusan daripada rejim Israel tidak sama sekali mematahkan semangat umat Islam di Palestin untuk membebaskan tanah suci Islam dan negara kami.
Antara masjid-masjid yang telah dan akan dikunjungi beliau adalah termasuk Masjid Muhajirin (Taman Matang Jaya), Masjid Ikhwanul Islam (Taman Sukma), Masjid Darul Baraqah (Taman BDC), Masjid Taman Desa Ilmu (Kota Samarahan), Masjid Darul Ehsan (Kampung Haji Baki), Masjid Demak Baru, Masjid Wan Alwi (Tabuan Jaya), Masjid Daerah Serian, Masjid Bandaraya Kuching, Masjid Jamek Negeri Sarawak, Masjid Bandar Sri Aman, Masjid An-Nur Sibu dan Masjid Setia Raja Mukah.
Sementara itu Pengurus Aman Palestin Berhad Cawangan Sarawak Zainizam Zawawi memberitahu, majlis berbuka puasa bersama Moneer akan turut diadakan pada 21 Julai ini di Dewan Majlis Islam bertujuan untuk mengumpul dana bagi membiayai kerja-kerja baik pulih pusat perubatan di Gaza.
“Umat Islam di sini boleh membantu dengan membuat tempahan pakej berbuka puasa bermula pada berharga RM1,000 untuk satu meja atau RM100 untuk seorang sambil dihiburkan oleh artis yang juga merupakan duta Aman Palestin iaitu Maulana AF8,” jelas Zainizam yang juga setiausaha Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Sarawak.


Read more: http://www.theborneopost.com/2013/07/17/15-imam-gaza-dibawa-untuk-imamkan-terawih-dan-sampaikan-tazkirah/#ixzz2aIXmVQ9s

No comments:

Post a Comment