Thursday, March 22, 2012

TAZKIRAH : KITA TIDAK LAYAK UTK MENILAI MANUSIA


وَاللَّهُ يَهْدِي مَن يَشَاءُ إِلَىٰ صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ
Allah berfirman: Maksudnya "Allah memberikan hidayah kepada siapa yang dikehendakiNya kepada jalan yang lurus." (Surah Al-Baqarah: 213)
 
ULASAN AYAT :
 
3. Individu sebengis Umar Al-khatab begitu mudah menuai iman sejurus ditanam benih hidayah oleh ALLAH. Individu semulia Abu Talib tidak mampu merasai nikmatnya iman sehingga hembusan nafasnya yang terakhir walaupun Nabi Muhammad SAW sendiri yang mendoakan hidayah untuknya. Oleh itu, jangan menghina orang dengan mengatakan aku lebih islam dan lebih baik amalan berbanding kalian. Hidayah iman, ALLAH akan beri pada sesiapa sahaja yang DIA suka. WALLAHU’ALAM
1. Jangan menghina orang yang pada pandangan kita mereka agak jauh dari agama, tidak ada pengetahuan, tidak pandai, tidak baik, dan suka bermaksiat serta masih tidak mahu melakukan kebaikan sehingga kini. Tidak mustahil suatu hari nanti orang yang kita pandang hina hari ini lebih baik dari kita amalan-amalannya, mungkin mereka lebih ikhlas dan mudah diterima ALLAH sedangkan kita masih berbangga kononnya amalan kita, keadaan kita hebat dan semua orang pandang kita ini alim, baik, hebat atau sebagainya.

2. Berawaslah, jangan tertipu dengan amalan dan diri kita sendiri kerana "Pemerhati" amat teliti. Ingatlah, Hidayah iman adalah hak mutlak ALLAH hidayah iman adalah misteri yang tidak mampu dirungkai. Hidayah iman adalah persoalan yang tidak mampu dijawab oleh mana-mana manusia.

Mesyuarat Pemilihan Ahli Jawatankuasa & Pegawai Masjid - Selasa, 3 April 2012

Semua ahli kariah Masjid Pangsun dijemput untuk menghadiri majlis di atas yang akan memilih pemimpin Masjid kita bagi penggal Jun 2012 - Mei 2015 (3 tahun). Waktu : Selepas solat Maghrib.

Aduan mengenai Cerun/tebing tanah di tepi Jalan Hulu Langat ke Pangsun. Batu 22, Selepas kawasan perkelahan Lubok Manggis

From: Aduan SEL <AduanSEL@jkr.gov.my>
To: Aduan JKR <ADUAN@jkr.gov.my>, Jurutera Daerah Hulu Langat <HuluLangat@jkr.gov.my>, "ismailb@takaful-ikhlas.com.my" <ismailb@takaful-ikhlas.com.my>, Jalalonmuhaili Abdul Rahman <Jalalon@jkr.gov.my>
Cc: Mat Nasir Kari <Nasir@jkr.gov.my>, Mazlan Mohamad <HMazlan@jkr.gov.my>, Ahmad Zaidi Mat Said <ZAIDIMS@jkr.gov.my>, Samsudin Bakar <SamsudinB@jkr.gov.my>, "juliajusoh@gmail.com" <juliajusoh@gmail.com>
Date: 19/03/2012 03:03 PM
Subject: RE: 2/28/2012 14:38 Aduan mengenai Cerun/tebing tanah di tepi Jalan Hulu Langat ke Pangsun. Batu 22, Selepas kawasan perkelahan Lubok Manggis


Salam sejahtera,
Berhubung perkara diatas berikut adalah maklumbalas daripada pejabat JKR Hulu Langat
" Untuk makluman pihak kami telah siasat dan telah buat lapuran awalan berkenaan kejadian tanah runtuh dikawasan tersebut dan telah hantar ke JKR Shah Alam, Bahagian Jalan ( Unit Cerun ) pada 8.3.2012 untuk tindakan untuk tindakan selanjutnya. Untuk langkah awal pihak kami akan tutup kawasan terrsebut dengan plastik tapolene.   "

Sehubungan itu pihak kami mengucapkan terima kasih di atas keperihatinan tuan memajukan aduan tersebut kepada kami.
Sekian terima kasih.
 
Rabeatul
Bahagian Korporat
JKR Selangor
Tel : 03-5521 2256/ 5544 7522
Fax : 03-5510 1690

Aduan mengenai Projek penambah-baikan jambatan melintasi Sg Congkak di Kg Padang

From: Aduan SEL <AduanSEL@jkr.gov.my>
To: Aduan JKR <ADUAN@jkr.gov.my>, Jurutera Daerah Hulu Langat <HuluLangat@jkr.gov.my>, "ismailb@takaful-ikhlas.com.my" <ismailb@takaful-ikhlas.com.my>
Cc: Mazlan Mohamad <HMazlan@jkr.gov.my>, Ahmad Zaidi Mat Said <ZAIDIMS@jkr.gov.my>, Samsudin Bakar <SamsudinB@jkr.gov.my>
Date: 19/03/2012 03:02 PM
Subject: RE: 2/28/2012 14:41 Aduan mengenai Projek penambah-baikan jambatan melintasi Sg Congkak di Kg Padang


Salam sejahtera,
Berhubung perkara diatas berikut adalah maklumbalas daripada pejabat JKR Hulu Langat
"  Untuk makluman pihak kontraktor telah meningkatkan kerja untuk menyiapkan projek ini dan dijangka dapat disiapkan pada akhir bulan March 2012 ini.  "
Sehubungan itu pihak kami mengucapkan terima kasih di atas keperihatinan tuan memajukan aduan tersebut kepada kami.
Sekian terima kasih.

Rabeatul
Bahagian Korporat
JKR Selangor
Tel     : 03-5521 2256/ 5544 7522
Fax      : 03-5510 1690

Program Ilmu Mingguan Di Masjid Pangsun

1. Setiap Ahad - Kuliah Subuh (Tafsir-ul-Qur'an)
2. Setiap Ahad - Kuliah Remaja / Imam Muda (11 pg - Zohor)
3. Setiap Selasa (malam Rabu) - Kuliah Fardu Ain (selepas Maghrib)
4. Setiap Khamis (malam Jumaat) - Bacaan Surah Yaa Sin & Tahlil (selepas Maghrib)

* Semua program dipimpin oleh Y.Bhg Tuan Imam Ustaz Mahyuddin Othman (JAKIM)

Thursday, March 1, 2012